Laman web DuitKopi2u.com merupakan web jualan beserta sistem affiliate, di mana ahli boleh membeli produk dan servis di web DuitKopi2u.com. Ia juga merupakan laman promosi untuk membantu Rakan Affiliate mempromosi dan menjana pendapatan. Rakan Affiliate juga diberi Link Promosi, Sistem Bantu Promosi, dan Info Terkini di DuitKopi2u.com selepas menjadi ahli Affiliate DuitKopi2u.com.
Dengan menyertai Program Affiliate ini, anda faham dan bersetuju bahawa:
- Anda memberikan data peribadi anda secara eksklusif untuk tujuan pendaftaran. Anda mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan akan dikekalkan dengan kerahsiaan yang ketat dan tidak akan, dalam apa jua keadaan, dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.
- Dengan pembelian mana-mana Pakej DuitKopi2u.com, anda secara automatik akan menjadi Rakan Affiliate DuitKopi2u.com.
- Anda tidak akan kongsikan Produk Digital/Download kepada orang lain (jika ada). Jika didapati demikian, akaun anda akan dibatalkan dan tindakan undang-undang mungkin diambil.
- Penyertaan dan pembayaran anda adalah secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
- Sebarang pembayaran/pembelian tidak boleh dituntut semula.
- Pendaftaran anda akan dipadam dari sistem jika tidak membuat sebarang belian selepas 7 hari dari tarikh pendaftaran. Tertakluk kepada budibicara Admin.
- Admin membenarkan anda menjual semula Pakej DuitKopi2u.com dengan agihan keuntungan seperti penerangan di page Affliate.
- Agihan komisen affiliate adalah seperti yang dinyatakan di halaman Affiliate.
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas segala keuntungan dan kerugian hasil penyertaan dalam Program Komuniti ini.
- Anda tidak akan mendaftarkan nama orang lain tanpa keizinan mereka.
- Anda faham bahawa pendapatan adalah hasil usaha promosi anda sendiri dan paparan jumlah pendapatan di laman web adalah sebagai contoh sahaja.
- Pendapatan yang telah dibuat pengeluaran (“Withdraw”) sahaja menjadi milik anda.
- Admin akan memproses permohonan withdraw ke akaun bank anda dalam masa maksimum 72 jam.
- Anda akan sentiasa menjaga nama baik DuitKopi2u.com, pihak pengelola, dan semua Rakan Komuniti.
- Anda akan melaporkan kepada pihak pengelola jika mendapati ada Rakan Affiliate yang menjejaskan nama baik perniagaan DuitKopi2u.com.
- Ahli yang menyertai WhatsApp Group DuitKopi2u.com tidak dibenarkan mengiklankan perniagaan lain atau isu selain berkaitan dengan DuitKopi2u.com sahaja.
- Pihak pengelola berhak mengeluarkan (remove) anda tanpa sebarang amaran.
- Hadiah yang ditawarkan (jika ada) adalah tertakluk kepada budi bicara pihak pengelola.
- Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesan daripada penyertaan anda di laman web ini.
- Pihak pengelola berhak untuk mengubah, membaiki, menaik taraf, atau menutup program Affiliate ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
- Pihak pengelola berhak mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
- Rakan Komuniti yang melanggar tatasusila agama dan negara akan dibatalkan keahliannya.
- Notis akan diberikan atas budi bicara pihak pengelola.
- Akaun yang didapati melanggar mana-mana syarat di atas akan disekat serta-merta.
Terima kasih.
ADMIN DuitKOPI2u.com
Daftar Affiliate